aiman

CafeMom Tickers

adik aiman

CafeMom Tickers

Sunday, December 27, 2009

10 MAUT BAS DUA TINGKAT TERBABAS DI LEBUH RAYA

korang sumer ader baca psl citer ni kan....


IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang. Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang; dua rakan karib, Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua pasangan beradik, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Ph Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah serta Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Dua lagi ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar Perlis. Anggota tentera, Md Razip Fadzir, 43, dilaporkan cedera parah, manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah hanya cedera ringan. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. "Bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.





MANGSA NAHAS: (dari atas, kiri); Sharifah Hassanah Al Junid, Sharifah Raheel Al Junid, Shaharin Mohd Noor, Supiah Adam, Musa @ Ismail Abdullah. (dari bawah, kiri); Noor Jismi Noordin, Mohd Bilal Osman, Ng Ph Ngoh, Ng Kah Kit dan Mohd Shukri Mohd Ali.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan pertama (di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Berikutan itu, katanya, polis menahan reman pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

"Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam. Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.
Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian. "Siasatan mendapati pemandu "Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam. Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.
Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian. "Siasatan mendapati pemandu bas dari Klang memulakan perjalanan pada jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana ada penumpang ingin ke tandas. Pemandu itu juga bercadang untuk berehat (bertukar pemandu) sebaik berhenti di R&R Sungai Perak," katanya. Kemalangan ngeri itu adalah kejadian pertama berlaku di laluan terus tanpa henti sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu. Laluan sepanjang 14.7 kilometer antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai sejak Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian. Sementara itu, Siti Munira yang menceritakan detik cemas itu, berkata dia sedang tidur di tingkat atas bas sebelum dikejutkan dengan jeritan kuat penumpang terutama dari bahagian bawah. "Saya tersentak dan melihat penumpang di tempat belakang saya mengerang kesakitan kerana tersepit akibat hentaman kuat. Saya hanya mampu mengucap kalimah Allah selepas mendengar pekikan mangsa yang terkejut dengan dentuman itu," katanya.


klu korang nk tau mangsa dlm bulatan merah tu student UniMAP n dorg tu onthe way blk asrama tmpt aku keje..ari sabtu pg ramai student blk daftar n 2 org student lelaki bgtau psl xcident tu..awl pagi derang dah janji ngan MOHD SHUKRI nk jmpa kat bas stand kangar tp xsmpi2.last2 call hp arwah shukri tp polis yg angkat n inform depa tlibat ngan xcident n dah meninggal..

then dpt tau lg sorg student mninggal, MOHD BILAL..mmg terkejut sgt..cam xpcaya jek..diorg dtg blk ke kampus nk mnuntut ilmu tp Allah lbh syangkan mereka..aku mmg tak knl student ni sbb derang br 1st year.trasa n sedih la jgk..tak leh bygkan keadaan derang ms kjadian tu.

dalam tghari tu sorg bdk ni dtg daftar msk hostel n ruper2 nyer dia slh sorg dlm bas tu tp dia selamat sbb duk bhgn atas.lps xcident dia turun cr 2org kwn yg dah mninggal tp xjmpa.mgkin keadaan kt bhgn bwh bas da teruk tu yg ssh nk cr agaknyer..

gmbr dlm bltn kuning plak org kg ofismate aku..mmg blk kg nk wat kduri brtunang tp xksampaian.

kitorg sumer mmg sedih..family arwah lg la kan...lg sdh bl my bos suh kumpulkan brg2 arwah dlm stor tuk serahkan pd family derang..sob sob...

knp la driver bus ni cam tak amik brt psl nyawa org. klu ngantuk tu rehat la dulu..bl da jd cenggini n ilang nyawa yg berharga, nk bg byr ganti rugi @ pampasan pon dah tak guna.pikir2 kan la..

moga roh mereka dicucuri rahmat.AL-FATIHAH