aiman

CafeMom Tickers

adik aiman

CafeMom Tickers

Saturday, August 29, 2009

[AWARD] dari Mummy Aieza


1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari:-

hobi plak dahhhh...hobi aku pe erk? masak kot.hihihhi


2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda:-

yg plg rapat of coz la opis mate aku, Kak Mi aku pgl dia.kitorg je berdua pompuan.yg lain jantan n yg kedua x-classmate aku masa sekolah dulu, Mai.duk meja sblh2 jek.


3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka:-

a. pink b.merah c.pepel


4. Berikan 4 nama orang yang paling anda sayang:-

a. suami b.mak c. anak d.famili


5. Berikan 5 jenis sifat manusia yang paling anda benci:-

a.menci kat org yg saja buat buduh2 sengal.

b.eksen a.k.a kekwat

c.byk ckp tak btempat

d.duk nak ngurat2 laki aku.senyum2 kambing plak ko kat laki aku. tampo kang!

e.rs dr tere sgt padahal org lain pon terer gak.


6. Berikan 6 benda yang mesti anda bawa sebelum keluar dari rumah:-

a.kunci umah (penah ttingal kat dlm umah n tpaksa pecahkan tombol)

b. hp

c.beg duit+duit

d.air suam

e.badan

f.tapak kaki


7. Berikan 7 destinasi percutian yang anda ingin suka kunjungi:-

banyak nyer..nak pg maner erk..

a. singapore (kecik2 puas pg dah, dah besa xpenah pegi dah)

b.pulau kat sabah

c.sarawak

d.pulau pangkor


tu jela aku tak pikir nak pegi maner dah



8. Berikan 8 kenangan yang paling anda tak dapat dilupai:-

a.bapak aku meninggal

b.dapat bercinta ngan laki aku

c. dapat tunang ngan laki aku

d.dapat kawen ngan laki aku

e.mengandung anak aku

f. banak kan anak aku

g.kena blasah ngan mak+bapak aku sbb degil sangat ms kecik.hihihihi

h.slalu jatuh dalam longkang besar kat depan umah masa kecik2 dulu smpi tminum air longkang.sodapp....



9. Berikan 9 impian yang anda impikan:-

a.aku nak duk umah sdri.

b.beli keta besau skit

c.DSLR

d.nak anak lg w/pun banak tu sakit

e.dapat bg aper yg mak aku nak

f.dpt tlg famili bl susah

g.pegi naik haji

h.anak2 berjaya dunia dan akhirat

i.hidup bersama suami+isteri+anak=bahagia


10. Berikan Award dan Tag ini kepada 10 orang kenalan blog anda:-

aku nak bagi kat saper..rmai yg dah wat....amik la kalo nak amik


1 MONTH - EPI BESDAY-

arini adam aiman genap 1 bulan.Alhamdulillah bb sihat n takder masalah cam demam @ sakit. skrg ni adam dah sgt bambam.gewam aku.rs nak geget je pipi dia.hihhhihiiihihih
skrg ni adam aiman dah pandai jg malam.ms mula2 lahir elok jer dia tdo mlm tp lama2 dia takmo tdo mlm.kena tgu sampi kul 2,3 pagi br nak tdo.tu pun kena smbt susu, punting, bg susu badan pon lom tentu dia nak tdo.siang dia tdo kemain lena lg.
pe'el terbaru lak nak suh kita pegang je dia.kalo ltk atas tilam kang dia dah merengek2 pastu nangis.kalo angkat senyap lak dia.tdo nak berdodoi.aiman dah pandai senyum skrg ni.bl pgl nama dia msti dia carik2 sore kita.cumel je dia..epi besday cayang! eh bleh ker cenggitu??hihihihihihihi

Friday, August 28, 2009

ADAM AIMAN TAK KESAHHH ~31 hari~

"up!up! n away! yeayyyyyy"
pipi adam aiman dah mcm pipi sin chan.ngehngehngeh


"walaupun mata sayer sepet, tapi mata sayer kaler grey yer encik2 dan puan2 hiiihihi"


"dah la tu bu...aiman ngantuk nehh"

"kuku pertama aiman!"

Wednesday, August 26, 2009

[aWaRD] from Mummy Aieza & Nomie

Terima [aWaRD] dari Kak Aieza BAm BAm & Nomie.. hihihihih

1. Letakkan logo award ini ke blog anda.

Udah ibukk...

2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra...
nak bg kat saper ekk???cam sumer dah dpt jerk? aku anugerahkan award ni kat dak IMAH, ALYYANI & sesaper yg tak der award ni lg.amik je jgn malu2 mioww..
3. Menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

udah ibukk...


4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

udah ibukk..

5. Berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini..

toce to kak aieza yg sgt sudi berkawan dgn aku.tq sis! n to nomie slmt ber blog!

Tuesday, August 25, 2009

ADAM AIMAN dah 28 hari

gambo nih special untuk ayah adam aiman

"ayah,malam semalam aiman kena geget nyamuk.hiihihih"

3rd Anniversary

Hari ni anniversary kitorg yg ke-3...kjp je dah 3 tahun.rs baru jek kawen hihihihi..to hubby HAPPY 3RD ANNIVERSARY n also to kak aieza n hubby gak sbb kitorang sambut anniversary sesama ari nih.weee!!!!!!
doakan kitorang hidaup bersama hingga ke akhir hayat n cinta kami kekal hingga ke syurga.Aminnnn....
to hubby..baby, i luv u so muchh.muahhh!!! :P

Monday, August 24, 2009

ADAM AIMAN in da house

Assalamualaikum,
utk makluman sumer aku dah slamat bersalin secara normal pada 29 Julai 2009, Rabu bersamaan 6 Syaaban 1430H jam 4.49pm di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.Alhamdulillah kami dapat baby boy seberat 3kg.
Tadaaaa!!! my musyuk2 masyam ADAM AIMAN






ni ceriter sebelum dan selepas kelahiran ADAM AIMAN

35w6d - buka stitch yg doktor jahit ms aku peknen 4 bulan

36w1d - kluar air bl bgn tido waktu pg.tak tau air aper sbb sepnjg ngandung aku kena keputihan.tak byk skit jek.

36w2d - air kluar lagi bl bgn tdo pg n byk skit dr smlmnyer.angah aku suh g hospital takut air ketuban kurang n pg tu aku g klinik O&G.Nurse suh aku g wad bersalin n aku trus kena tahan wad.4hari 3 malam aku duk situ.boring tul.lps tu aku discaj sbb still ok lg.

37w4d (27 Julai 2009) -appoinment ngan doktor pakar. doktor suh aku msk wad besoknyer n lusa induce.wehh!!! apesal plak kena induce nehhh!! doktor tu ckp sbb aritu air ketuban aku dah kuar n dia taknak bg aku bersalin lbh 40minggu.aku ckp ngan doktor aku takut n tak ready.mmg la aku dah lamer tgu nak jmpa bb dlm peyut ni tapi.....hrmmmm....pastu aku bgtau doktor 2,3 ari ni bb krg gerak even ckp 10 gerakan.pelagi doktor bebel jap sbb tak bgtau dia awal2.then doktor scan perut aku..alamak,air ketuban dah kurang byk.tgl 5.7 jerk.pttnyer takleh krg dari 7.terus doktor suh masuk wad aritu gak,sok pg nyer induce. aku pun trus msk wad bersalin n doktor cek bukaan rahim dah 2cm.tp doktor tu pon cam tak confident jerk dah bkk 2cm.

37w5d (28 Julai 2009) - kul 4pg aku dah kena pose.siap minum milo n mkn roti, pkl 6 mandi, smbahyang n pkl 7pg doktor bkk bukaan rahim.bkk 1cm plak.pelik plak aku smlm bkk 2cm arini 1cm lak.pastu msk ubat yg pertama.blk kat katil baring 1 jam pastu cek CTG.tghari tu aku dah start sakit2 dah cam period pain.kluar jgk la air mata bl sakit dtg.mak n hubby tlg urut2kan pinggang aku.pkl 3ptg lebih cek bukaan rahim still 1cm n msk ubat yg ke-2.masuk ubat ke-2 bertambah2 la sakitnyer.mlm tu menangis la aku sorang2 kat atas katil menahan sakit.sesambil tu aku gagahkan la jgk berjalan kat dalam wad tu sbb aku takut jalan tak bkk2 lagi.baru aku tau bl dah sakit contraction tu mmg tak lrt nak jln dah.mmg senak bwh perut ni.

37w6d (29 Julai 2009) - pkl 5pgi cek ctg, pkl 7 cek jalan n dah bkk 3cm.dah leh ready masuk bilik bersalin.lps mandi, kemas paper yg patut,call mak n hubby suh dtg spital skrg jgk.kul 9am lbh krg jmpa hubby n mak,mintak maap sumer bagai pastu msk bilik bsalin.aku nak mintak bilik bersalin yg suami bleh masuk tp dah penuh lgpun blk tu ada satu jek.tak dpt hubby tmn kan aku .dlm bilik bersalin tu nurse praktikal rajin dok lyn aku.ada dlm 2,3 org.bl aku sakit jer dia gosok2 kan bdn aku neh.sakit dah makin kuat.bacaan CTG tak berapa ok sbb mesin tu xdpt detect jantung bb.so doktor terpaksa wat internal CTG.5 kali aku dok kena seluk ngan doktor nak masukkan alat tu yang kena lekat kat kepala bb.sakitnyer Allah jer la yg tahu.dengan sakit contraction nyer lagi la.mmg aku dah nangis2 dah.

bila bacaan CTG dah ok diorg masukkan aku pitosin tak silap aku.tak lama lps tu aku dah rs sakit sgt dah.sakit mmg tak berenti sat.setiap masa sakit, bl contraction dtg lagi la rs sakitnyer.besi katil tu mmg aku genggam kuat2 n sampai rs nak gigit jer besi tu.sakit sgt2.doa sentiasa aku bc.tak sanggup rasernyer dah nak tgu n aku mtk doktor wat operation jerk.saper yg penah kena induce tahu la camner seksanyer sakit tuh.byk kali aku ckp ngan nurse nak wat operation tp still tak bleh gak sbb aku tak der masalah bersalin normal.derang bajet dalam kul 2.15 aku dah leh bersalin tp dah 2.30 pun aku tak bersalin2 gak.nurse pun bg pain killer.aku dah rs lalok dah tp sakit ttp sakit.saper yg lalu dpn katil aku, aku mintak tolong termasuk la makcik cleaner.hihihihihih..makcik cleaner tu siap suh aku tarik nafas panjang2 nak ilang kan sakit.ekekeke lawak jek.

dlm kul 4 lbh tetiba aku rs nak teran.aku bgtau nurse n nurse cek bukaan rahim dah 6 cm.tp xleh teran lagi.Ya Allah..bl contraction dtg puas la aku nak control tak nak terteran.menggigil2 aku...dlm bilik bersalin tu tgl aku sorang je tak banak lg n derang pindahkan aku kat labour room 1 yg ader sorang jgk tak banak2 lagi.derang tptkan aku kat bilik single n aku nak mtk nurse suh hubby aku msk tp tak larat dah nak ckp.aku dah rs nak teran sgt2 dah sampai terjerit pgl doktor ngan nurse.abis nurse ngan doktor kena cekau ngan aku.byk kali dah aku terteran.lantak la...mmg aku tak thn sgt dah.doktor cek bukaan rahim dah 10cm.terkejut aku br kjp td 6cm.nurse yg cek td pon cam tkejut jek. doktor dah ready nak sambut bb n tetiba doktor pakar suh nurse pgl hubby aku msk tmn kan aku.leganyer hubby dpt masuk.

bl dah ready aku pon teran la sekuat atinyer.2 kali teran lahir la ADAM AIMAN.bl bb kluar jer rs lega sgt2 n hilang rs sumer sakit2 sblm.Alhamdulillah. Adam Aiman nangis kuat sgt.tak sangka aku dah jd ibu.ms doktor nak jahit, hubby azan & iqamat kan Adam Aiman.syahdu je rsnyer.

hari ni Adam Aiman dah 27 hari.kjp jer dah nak sebulan. 1st time ader anak mmg rs sgt2 letih lebih2 lg bl anak berjaga mlm.Adam Aiman kuat menyusu n dia ada jaundis skit so kena kejutkan dia minum susu setiap 2 jam.tido mmg tak ckp la.nasib baik mak n hubby aku ader.kalo tak, tak tau la.hasrat aku nak fully breastfeeding kat Adam Aiman tak berjaya.terpaksa la aku cmpr susu bdn ngan susu formula.

Raya tahun ni kami sambut bertiga plak.dah 2thn kitorang raya berdua jek.tahun ni rs sonok sgt2.Alhamdulillah slps hmpr 3 tahun dpt gak kitorg zuriat sendri.esok 25 ogos 2009 genap la 3tahun kitorang kawen.